Sunday 22 October 2017

Japan Solo Backpacking Trip : Day 2 (15/05/2017 - Monday)



"The aim of life is self-development. To realize one's nature perfectly--that is what each of us is here for."

^ Oscar Wilde (1854-1900) ^


Shinkansen @ Kanazawa station.


Entri hari pertama klik ---> SINI

xxx------------------------xxx


4.45 minit pagi dah bangun bersiap. Niat nak ambil train paling awal. Long journey today. Awal means longer shower time, yay!. Nyaman nya dapat mandi air panas dalam kedinginan musim bunga. Subuh pukul 3.05 pagi, sunrise 4.47 pagi. Nama pun negara matahari terbit. Dah nak cerah alam masa bangun tido.

Keluar bilik air mat saleh yang tak berapa mesra semalam dah tercegat depan pintu. Aiseh, dah lama ke dia tunggu. Lantak lah. Ada banyak shower room kat tingkat bawah kalau betul dia nak rush.


(Sumber: Hyperdia)


Destinasi pertama hari ni, Tateyama Kurobe Alpine Route. Nak ke Yuki no Taki atau Snow Corridor di Murodo yang terletak di kawasan pergunungan Tateyama. Dari Kanazawa, saya harus ke bandar Toyama terlebih dahulu sebelum naik local train ke Tateyama. 

Sampai Kanazawa station tepat2 pukul 6 pagi. Terlepas train pertama. Nasib baik train berikutnya pukul 6.13 pagi. 

Belanja lagi satu gambar Shinkansen...


#iphoneonly


Ada satu youtuber saya follow (Abroad in Japan). Dia ni orang British yang dah lama bermastautin di Jepun, dalam 5 tahun. Berhijrah untuk mengajar bahasa Inggeris asalnya, kat Tohoku. Ada free time dia akan travel dan buat vlog. Saya dapat info pasal snow corridor ni dalam salah satu video dia. 

Terus masuk dalam itinerary tanpa ragu-ragu. Lepas tu nyesal sebab trip ni jadi lebih Explorace dan Amazing Race dari trip Japan 2014 dulu. At least dulu berlapan. Boleh mengelat curik2 tido dalam train sambil orang lain sibuk merancang perjalanan seterusnya. Kali ni sorang, pandai2 la bawak diri.

Stay alert Kancil ! Nahas kalau terlepas train lagi.


(Sumber: alpen-route.com


Ada beberapa cara untuk sampai ke pekan Toyama seperti yag tertera dalam gambar kt atas tu. Sedikit sesal sebab tak dapat explore Kanazawa, bandar yang menyimpan banyak tinggalan zaman Edo.

Untong ada JR Pass. Lancar perjalanan. Jimat masa dan wang ringgit. Banyak tempat jauh2 dapat dijejaki.




Korang tahu tak bahawasanya negara Jepun menerima taburan snowfall antara paling lebat di dunia? Malahan, 4 bandar di Jepun tersenarai dalam Top 10 Snowiest Cities On Earth (No 1. Aomori city, no 2. Sapporo, no 3. Toyama, no 8. Akita). KLIK SINI untuk artikel penuh. 

Jalan ke gunung Tateyama ditutup dari bulan Disember hingga ke pertengahan April. Completely inaccessible. Snow Corridor ni hanya dapat dikunjungi bermula pertengahan April sehinggalah bulan Jun. Bermakna, dinding salji setinggi 20 meter ni wujud sehingga ke musim panas. Ajaib tu.



Kalau ada masa lebih, afdhal kiranya korang stay dekat Toyama atau Nagano. Banyak benda lagi boleh explore kat situ tanpa perlu berkejaran macam saya.


Tateyama Kurobe Alpine Route menyambungkan bandar Toyama di Toyama Prefecture dengan Omachi di Nagano Prefecture. Tarikan utama pelancong semestinya Snow Corridor di Murodo selain pemandangan memukau autumn foliage di kawasan pergunungan semasa musim luruh.

Tepat pukul 6.36 minit pagi, saya tiba di Toyama station. Lepas tu kena naik local train yang dikendalikan oleh Toyama Chiho Railway di stesen Dentetsu Toyama, yakni stesen bersebelahan Toyama station. Yang ni JR Pass tak cover. Harga tiket 1200 Yen sehala dan perjalanan mengambil masa 65 minit.

Simpan beg di coin locker (300 Yen). Kemudian beratur tunggu train macam budak sekolah tadika nak pergi rombongan. Staf stesen sibuk luruskan barisan. Pelancong pulak degil2 belaka. Haha.

Tepat Jam 7.10 pagi, keretapi meninggalkan stesen Dentetsu Toyama menuju ke Tateyama. Saya lena separuh perjalanan....zzzzz.

Celik je mata pemandangan kat luar dah pun bertukar. Terus on Gopro rakam video. Kalau kamera Samsung ada lagi syok jugak amik gambar. Gambar kat bawah ni snapshot dari video, and obviously, they didn't do any justice untuk menggambarkan keindahan sebenar countryside di sini.





Sesampainya di Tateyama station (8.30 pagi), saya terus ke kaunter tiket dan beli return ticket Tateyama-Murodo-Tateyama yang berharga 4310 Yen. Kalau nak beli asing, tiket sehala Cable Car Tateyama-Bijodairo berharga 720 Yen manakala tiket Highland bus dari Bijodairo-Murodo adalah 1710 Yen (total 4860 Yen return). Jimat 550 Yen disitu.

7 minit je perjalanan dengan cable car ni. Berebut masing2 nak duduk depan sebelah driver. Gambar punya pasal.






Kemudian beratur tunggu bas. Jangan risau sebab kekerapan bas adalah sangat memuaskan. Pukul 8.50 pagi, bas bergerak meninggalkan Bijodairo station.

Sepanjang perjalanan penumpang dihiburkan dengan educational video mengenai Alpine route. Pasal flora, fauna, bentuk muka bumi, air terjun dan sebagainya. Saya ada motion sickness. Tak boleh fokus kat sesuatu benda semasa kenderaan bergerak. Pening kepala.

Layan pemandangan kat luar supaya tak mual.

Boleh tahan bengkang bengkok jalannya. Cuaca cerah pada awal perjalanan, lagit membiru. Semakin ke atas semakin tebal awal dan semakin redup langit. Salji mulanya nipis bak hamparan permaidani kemudian menebal sedikit demi sedikit membentuk dinding snow corridor. 








Tak lama kemudian muncul lah Snow Wall yang sebenar. SubhanAllah tingginya. Ternganga mulut den, nyaris dimasuki lalat.

Kaku tak terkata...

Tak tahu nak cerita lagu mana. Tak jumpa perkataan.

Biar gambar bercerita.


Hohoho...

Hohohohoho...

Murodo station.


Dari dalam bas dah boleh agak magnitude tiupan angin kat luar. Bertabahlah. Dah la tak bawak winter jacket. Cheapskate punya pasal tak nak bayar lebih untuk check-in luggage. Guna konsep layering kononnya. 5 lapis baju dicover dengan windbreaker Uniqlo.

Tetap sejuk! Benci. 

Masa ni baru je nak pukul 10 pagi. Tapi umat manusia dalam stesen Murodo tu sikit punya ramai. Banyak resort sepanjang jalan tadi kalau ada yang berhajat nak stay area sini. Oh ya, driver bas tak turunkan penumpang di snow corridor. Masuk dalam stesen Murodo dulu, dari situ ada satu laluan khas pejalan kaki untuk ke Yuki no Taki.

Stesen ni besar. Ada restoren dan toilet. Tak nak buang masa lagi, jom kita terus ke highlight of the trip iaitu the Snow Corridor itself.

Nak terus ke snow corridor pun boleh, tapi saya pilih untuk detour ke trek di luar corridor di sebelah kanan. Kalau rasa nak main2 salji, berguling-guling dan buat snow man, ikut trek ni. Kat area Snow Wall nanti hanya menghadap dinding semata-mata.


Winter wonderland.



Hampir terjatuh beberapa kali. Licin dan angin kencang macam ribut. Panjang jugak trek ni, dalam 600-700 meter. Dengan rintangan angin yang kuat, terasa diri ibarat seekor kura-kura kesejukan. Lambat benar nak sampai ke garisan penamat.

Sebelum sampai ke penghujung trek, terserempak sekumpulan manusia yang bersikap kurang sopan melondehkan seluar dan bergambar sakan! Puak dari negara ni memang dah masyhur dengan kekurangan tatasusila bila melancong ke negara orang. Entah la apa yang diorang cuba buktikan. Bikin pedih bebola mataku yang dah hampir beku.

Sampai hujung trek, belok kiri untuk masuk ke kawasan pejalan kaki Snow Corridor.

So, here it is, Yuki No Taki...

The magnificent Snow Corridor.

Layanzzz! 










Masa ni ketinggian dinding mencecah 16 meter. Ada masa tu sampai 20 meter. Berapa lama la agaknya diorang amik masa nak clearkan salji atas jalan raya ni sebelum boleh di access.

Makin lama angin makin kencang. Kebas pipi, bibir, dagu semua. Cepat-cepat berlari pulang ke stesen Murodo. Tahan 40 minit je kat luar. Cukup la tu. Sengsara sumsum tulang. Pukul 10.20 pagi dah beratur tunggu bas.

Tepat pukul 10.40 pagi bas bergerak meninggalkan stesen Murodo dan sampai di Bijodairo station pada pukul 11.30 pagi. Kemudian naik cable car dan sampai di Tateyama station pada pukul 12 tengah hari.

Destinasi seterusnya adalah Shirakawa-go, kampung bersejarah yang terletak di daerah Uno di wilayah Gifu. Satu-satunya cara untuk ke Shirakawa-go dengan kenderaan awam adalah dengan menaiki bas.

Bas dari Toyama ke Shirakawa-go hanya ada 4 trip setiap hari (0850, 1035, 1205, 1855). Asalnya nak naik bas pukul 12.05 tengah hari tu tapi tak sempat dah. Itu pun tak lama kat Snow Corridor tadi. Terpaksa ke Kanazawa station balik sebab dari situ bannyak bas ke Shirakawa-go.

Untuk maklumat lanjut mengenai bas ke Shirakawa-go dari Toyama/Kanazawa/Takayama, klik >>> SINI.

Ini yang berlaku seterusnya:

1230: Tateyama - Dentetsu Toyama by train (1200 Yen)
1336: Tiba di Dentetsu Toyama station, berjalan ke Toyama station.
1358: Toyama to Kanazawa by train (JR Pass)
1420: Tiba di Kanazawa station.

Keluar dari tren, saya terus berlari ke kaunter informasi. Dapat maklumat yang diperlukan, saya terus ke kaunter pembelian tiket bas yang terletak diluar stesen Kanawaza. Terus beli tiket bas pukul 1440. (banyak sangat penggunaan kata 'terus' dalam perenggan ni, huhu).

Fuh, nasib sempat. Kalau terlepas bas pukul 2.40 petang ni, bas berikutnya adalah pada pukul 4 petang. Perjalanan ke Shirakawa-go mengambil masa lebih kurang 80-85 minit tertakhluk kepada keadaan trafik. Memang melepas la nak tengok rumah2 tradisional gassho-zukuri tu.

Tiket bas berharga 1850 yen sehala.

Rupanya kosong bas. Termasuk sepasang suami isteri mat saleh, hanya 3 orang penumpang je. Mengangkang dalam bas tu ikut suka hati. Penat tapi tak boleh nak lelapkan mata. Merenung ke luar jendela melayan perasaan.






Sebab tak banyak berhenti (takde penumpang nak turun-naik di tengah perjalanan), kami sampai 15 minit awal (pukul 3.50 petang) dari yang dijadualkan (4.05 petang). Terus ke kaunter untuk beli tiket bas ke Takayama. Bas terakhir pukul 5.30 petang, harganya 2470 Yen.

Bermakna saya ada lebih kurang sejam setengah untuk explore Shirakawa-go. 

Lepas beli tiket bas saya cari locker untuk simpan beg. Malangnya tak jumpa locker kecik. Aiseh. Locker besar mahal sangat. Tak kan nak pikul backpack ni depan belakang panjat bukit. Masa ni mental capacity dah kelaut agaknya. Tak larat nak berfikir. Dari awal pagi berlari-lari kejar bas dan keretapi. 

Masa semakin suntuk. Tanpa fikir panjang, saya terus menapak menuju ke kawasan perkampungan Ogimachi dengan memikul kedua2 backpack tersebut. Bertabahlah.







Sedikit info mengenai Shirakawa-go.

Shirakawa-go merupakan perkampungan yang terletak di lembah sungai Shogawa. Ia telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1995 dan terkenal dengan rumah2 tradisional gassho-zukuri yang berusia hampir 250 tahun.

Gassho-zukuri yang bermaksud 'dibina seperti tangan yang berdoa' merujuk kepada bentuk atap rumah2 tersebut yang menyerupai tangan sami Buddha semasa berdoa. Ogimachi merupakan kampung terbesar yang merupakan tarikan utama pelancong ke Shirakawa-go selain kedudukannya yang hampir dengan stesen bas Shirakawa-go memudahkan pelancong untuk sampai ke kampung tersebut.

Selain Ogimachi, ada beberapa lagi kampung di daerah ini contohnya Gokayama, Ainokura dan Suganuma. Untuk maklumat lanjut, boleh klik link berikut:

http://ml.shirakawa-go.org/en/
https://www.japan-guide.com/e/e5950.html
https://wikitravel.org/en/Shirakawa-go


Memandangkan masa yang suntuk. saya terus ke Shiroyama viewpoint dengan berpandukan peta dari stesen bas tadi. Bergegar lutut oii panjat bukit tu.

Jom layan gambar perkampungan Ogimachi dari Shiroyama viewpoint.









Alahai kecik nya farmhouses tu dari atas ni ha. Takde kamera helok, tak dapat gambar fokus. Makin rindu kat kamera Samsung. Mudah-mudahan murah rezeki dapat beli kamera baru. Tak syok guna GoPro untuk view macam ni.

Tetiba ternampak pepohonan berbunga merah jambu. Adakah itu Sakura? Rasanya musim cherry blossom dah lama berlalu.

Ye betul. Memang sakura. Jenis Yaezakura, yakni spesis yang banyak kelopak tu. Hehe. Baru cakap pasal rezeki. Memang rezeki la ni dapat jumpa Sakura walau dah pertengahan bulan Mei.








Shiroyama viewpoint ni ada had masa nya. Pukul 5 tutup da. Lepas sakan bergambar, saya cari ruang untuk solat kemudian berlari turun semula sebab nak ronda2 kawasan kampung pulak. 

Kebanyakan farmhouses disini masih lagi dihuni. Kalau musim padi tengah menghijau tu memang superb la view dia. Bentuk tirus atap rumah gassho-zukuri tu sebenarnya bertujuan untuk menghalang salji dari menimbus rumah tersebut. Kadang2 tu sampai 2 meter tingginya salji kat sini. Ia dibina tanpa menggunakan paku. 

Saya tak ingat kat mana saya dapat info ni. Katanya pada musim salji, ia akan memerangkap haba untuk memanaskan isi rumah. Pada musim panas pula ia akan memantulkan haba bagi mengurangkan suhu di dalam rumah. Bijak kan? Selain tu, kawasan attic rumah tersebut digunakan sebagai tempat pembiakan ulat sutera.














Agak leceh kalau nak ke kampung2 yang lain tu. Kena naik local bus. Jadi bila tak ramai tourist keadaan kampung jauh lebih aman dan terpelihara. Sebahagian farmhouses dah ditukar menjadi muzium, restoren dan guesthouse. Kalau mampu, poket tebal, boleh try bermalam di guesthouse untuk merasai pengalaman sebenar tinggal di rumah gassho-zukuri.

Salah satu highlight di Shirakawa-go adalah Winter Light-Up festival dimana lampu rumah gassho-zukuri dinyalakan pada malam tertentu pada bulan Januari dan Februari. Memang cantik. Tapi kena tahan kedinginan malam musim salju la. Sanggup?

Bagi tahun 2018, lampu-lampu di kampung Ogimachi akan dinyalakan pada tarikh-tarikh berikut dari jam 5.30 petang sehingga 7.30 malam (sumber dari >>> SINI).

- January 21, 2018 (Sunday)
- January 28, 2018 (Sunday)
- February 4, 2018 (Sunday)
- February 12, 2018 (Monday)


(Sumber: Google)


Tepat jam 5.30 petang, bas bergerak meninggalkan stesen Shirakawa-go. Masih lagi bertiga dengan pasangan mat saleh tadi. Sunyi sepi bas.

Jam 6.40 petang, kami tiba di Takayama Station. K’s House Takayama Oasis Quality Hostel terletak hanya 230m sahaja dari stesen bas.





Selesai menunaikan kewajipan, saya keluar untuk cari makan. Ingatkan onigiri lagi malam ni. Rupanya sebelah hostel ni ada satu Indian restaurant yang menyajikan menu halal. Tak dapat dipastikan sekiranya restoren ni memang dapat pensijilan halal yang sah sebab logo halal yang digunakan tu umum je.

Ada separate menu untuk halal & vegetarian. Nampak sedap sangat ayam tandoori tu memanggil-manggil untuk dilapah, tapi nak selamat saya order Seafood fried rice je. Antara menu paling murah, hehe.




Selesai makan, saya sempat ke Takayama Old Town untuk melihat rumah-rumah tradisional serta binaan yang wujud sejak dari zaman Edo tu. Malap !

Sekali lagi gigit jari sebab GoPro tak dapat capture gambar cantik. Tengok gambar dalam blog Chawanna tu cun2 belaka. Jeles. 





Panjang jugak entri hari kedua ni rupanya. Syukur tak terhingga semua yang diracang berjalan seperti yang telah direncanakan. Nak kata kerja gila memang saya setuju sangat la. Cuma bila dah beli JR Pass yang mahal tu kena la maksimakan penggunaannya kalau tak nak rugi. 

Jam 8.30 malam saya dah lena dibuai mimpi. Apa pula yang menanti Sang Kancil keesokan harinya. Amazing Race lagi? Tu kena tunggu.

Sehingga berjumpa lagi. 

Assalamualaikum.


Itinerary : Myanmar Adventure (19.01.2018 - 28.01.2018)

" Our only limitations are those we set up in our own minds " ---------- xxxxx ---------- 19.01.2018 (Friday) ...