Friday 6 March 2015

Menawan Puncak Rinjani : Mission Impossible kah? - Part 2 (8 Sept 2014)


Assalamualaikum & salam sejahtera.


Dah 2 minggu dibiarkan kesepian tak terusik blog ni. Dilanda kesibukan tak berpenghujung. Memandangkan next trip lambat lagi, jom lah sambung kisah basi di Lombok Indonesia. Harap-harap dapat siapkan semua entri sebelum trip berikutnya, inshaAllah.

Malam tadi kami langsaikan semua bayaran untuk pakej 3 hari 2 malam dengan Green Rinjani. Ada briefing session dengan group leader, Pak Macho (nama tak bley blah tapi tuan empunya nama badan kecik je - dah 10 kali sampai puncak Rinjani katanya).

Kami tambah sorang lagi porter untuk angkat beg kami. Laki bawak 1 backpack, pompuan bawak 1, kongsi-kongsi. Takpe la kena extra charge. Nak bawa diri pun belum tentu sampai ke puncak inikan pulak nak pikul beg 4-5 kilo. Baik tambah je beberapa dollar untuk hire porter. Kurang sikit risiko tergolek jatuh ke bawah kaki gunung kan, hihihi.

Awal pagi lagi masing-masing dah bersiap nak mendaki. Check out terus sebab kami tak tidur sini dah lepas ni. Barang yang perlu je kami asingkan masuk dalam backpack.  Barang lain simpan dalam bilik stor pejabat Green Rinjani. Lepas turun dari gunung nanti kami pick up balik.

Kalau korang tak bawak kasut, jaket dan barangan keperluan penting yang lain, Green Rinjani ada sediakan semuanya untuk disewa. Selain tu, alat keperluan asas macam headlamp & hiking stick pon kena bawak juga ye.

Layan gambar persiapan sebelum memulakan ekspedisi. Jom !








Kacang panjang je dah sebakul penuh. Belum campur nenas, beras, berbotol-botol air mineral dan sebagainya. Macam mana tu diorang pikul sampai atas gunung?

Orait, sebelum memulakan misi penting hari ni, saya nak cerita sikit pasal trek pendakian kami. Study peta kat bawah ni dulu.





So bascially ada 2 trek untuk mendaki gunung Rinjani, sama ada melalui pekan Senaru dimana kami bermalam semalam, atau melalui kampung Sembalun yang terletak kira-kira 40 km dari pekan Senaru. Jom buat perbandingan:-

Trek Senaru
- bermula pada ketinggian 600 meter dari paras laut
- trek lebih landai dan panjang
- melalui kawasan hutan jadi tak terdedah kepada sinaran matahari secara direct
- akan melalui tasik Segara Anak yang sangat cantik (katanya), ada hotspring dan boleh mandi-manda

Trek Sembalun
- bermula pada ketinggian 1156 meter
- trek lebih pendek tapi curam
- melaui kawasan lapang savannah, terdedah kepada sinaran matahari yang terik tanpa perlindungan

Kedua-dua trek akan membawa kita ke Plawangan Sembalun iaitu pusat perkhemahan pada ketinggian 2639 meter. Bermalam di Plawangan Sembalun kemudian bangun awal pagi pukul 2 untuk sambung pendakian ke puncak.

Kami pilih untuk naik dari Sembalun dan turun dari Senaru. Konon nya lepas dah bersusah-susah mendaki, nak enjoy mandi hotspring kat Tasik Segara Anak tu. Kengkonon nya lah. Tapi agak tersasar plan asal kami.

So dari pekan Senaru, kami dibawa ke kampung Sembalun. Kena lapor diri dulu sebelum mendaki. Tandatangan sebagai kebenaran dan kerelaan kita untuk menanggung segala risiko yang dihadapi sepanjang perjalanan dan tak boleh menyalahkan pihak Taman Negara Gunung Rinjani.

Dup dup.... berdebar. Nak mula daki dah !

Arrrrrggghhhhh... tiba2 keyakinan diri menipis, senipis selapisan sel.

Guano tu boh?


Dalam perjalanan dari Senaru ke Sembalun. Jalan bengkang-bengkok rasa nak muntah.

Tu dia Rinjani ! Macam rendah je kan?

Sirius eksited duduk ramai-ramai kat belakang jeep ni.

Lapor diri.


Nak berdrama lebih pun tak guna. Jom kita mulakan pendakian. Baca doa dulu mohon perlindungan Allah, semoga dilindungi kesihatan dan keselamatan. Semoga dipermudahkan segala urusan, dikurniakan ketabahan dan kecekalan untuk melengkapkan misi sehingga ke garisan penamat.

Pak Macho relax je, dah banyak kali naik ke puncak. Sebelum ni dia kerja cikgu, ajar bahasa Inggeris. So dengan kami speaking amerika, tapi bunyi macam belanda, hihi.

Alhamdulillah cuaca memang baik pagi tu. Matahari memancar cerah (baik ke tu?), tiada tanda-tanda nak hujan. Kami memulakan pendakian dengan semangat membara.....rawrrrrrrrr !



Pak Macho mengepalai barisan rombongan.


Ada 3 pos (yakni tempat rehat/perkhemahan) sebelum sampai ke Plawangan Sembalun. Pos satu berada pada ketinggian 1300 meter. Mula-mula tu masing-masing eksited, rancak berborak, bergelak ketawa. Mula-mula jalan landai melaui kawasan perkampungan dan kebun-kebun sayur. Bila dah mula naik bukit masing-masing membisu. Nak concentrate pada pendakian la niatnya. 

Walhal, kadar pernafasan dah mula kencang. Kembang-kempis lubang hidung, turun naik dada cuba mengepam oksigen keseluruh organ. Huahaha. Sebab masing-masing diam seribu kata, kita layan gambar je la ok?


Bahagian pertama agak landai. Rinjani, mu tunggu kami datang !

Porter memang laju giler. Jauh kami ditinggalkan.

Kawasan hutan berbukit. 

Kawasan tandus berbukit - kesemputan...

Brader porter memang steady. Berapa kilo agaknya beban tu.

Riak wajah mencerminkan situasi. Macam nak sembelit rasanya.

Berhenti rehat disini.

Akan kutempuh walau apa jua halangan mendatang. Kerana dirimu begitu berharga, eh !

Yang penting pose. Sakit-sakit badan belakang cerita. Tengok muka masing-masing ceria je kan, macam tourist makan angin. Realitinya, nak baring je atas jambatan tu sampai esok pagi.



Sampai dah pun di perhentian pertama, Pos 1 (pemantauan) selepas 13 kali berhenti ambil nafas. Dah lejut berpeluh. Kami tak berhenti dekat sini sebab abang2 porter cakap nanti berhenti rehat di Pos 2, pasang khemah untuk makan tengah hari.

Dari Pos 1 ni dah masuk kawasan tanah lapang savanna. Memang cantik. Lalang paras pinggang menghijau, langit membiru. Tapi panas jangan cerita lah. Perit sungguh kulit. Direct sun exposure. Terpaksa berselubung satu badan. Kalau tak berhati-hati boleh kena heat stroke. Banyakkan minum air kosong.


Air terjun yang kering kontang.

Sungai kegersangan.

Kawasan savannah. Kecerunan bukit meningkat.






Berhenti rehat lagi dan lagi. Dekat pondok ni kami sempat berbual dengan 1 group mat/minah saleh dari Europe. Ada dari UK, ada dari German. Diorang campur-campur amik porter. Katanya first time datang Asia tenggara.

Ternyata impression diorang terhadap Malaysia sangat menyedihkan. Diorang ingat Malaysia negara yang mundur, takde pembangunan, macam third world country. Kami pun semangat la dok promote negara sendiri, cerita pasal KLCC, bangunan berkembar tertinggi di dunia, promote gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Asia tenggara dan macam-macam lagi. Nak promosi tahun melawat Malaysia 2014 la.

At last sorang mamat ni buat kesimpulan cenggini; " I see. So Malaysia is slightly more modern than Indonesia".

. . . . . . . . . . !

Buat muka "whatever" dan terus blah, menyambung perjalanan tak berpenghujung.











Hoow yeah ! Berjaya sampai ke Pos 2 (tengengean) yang berada pada ketinggian 1500 meter dari paras laut. Sementara para porter set up khemah dan barang untuk memasak, kami pegi bergambar di celah-celah rimbunan lalang.

Berhati-hati sebab pelancong buang sisa toksik badan di celah-celah lalang tu ye. Banyak wet tisu berselerakan di sekitar kawasan rehat. Toilet ada tapi dah macam pusat kumbahan. Tak boleh digunakan pun.

Penat bergambar dibawah terik mentari, kami rehat bawah khemah. berborak-borak sambil tunggu lunch disiapkan. Sampai tertidur...zzzzzz.


The Masked Man, hihihi.

Embrace the nature katanya.

Gegirl baru sampai.

Merewang.

Pak macho, ketua rombongan merangkap head chef.

Dah siap. Maggie sup yang seriously sangat sedaaappppp !

Kicap Mantaap yang sangat sedap.


Lepas makan, kami solat di luar khemah, bentang tikar. Masa ni kabus tebal menyelubungi kawasan. Redup dan berangin sepoi-sepoi bahasa. Nyaman sangat.

Tak lama lepas tu brader-brader porter mula khemas barang balik. Sambil diorang mengemas tu, kami diberikan sebatang anak pokok seorang untuk ditanam disekitar kawasan Pos 2 ni. Green Rinjani merupakan satu-satunya kompeni yang menganjurkan aktiviti macam ni. Bagus kan?

Semoga semua anak-anak pokok ni membesar rimbun dan menjadi tempat teduhan para pendaki suatu hari nanti.

Jom sambung pendakian. Kabus tebal tak hilang lagi so cuaca pun ok, tak panas.


Dah kenapa ko ingat tu sejambak bunga mawar ke? hehe.

Kabus makin menebal.

Pendaki yang dah nak turun ke kampung Sembalun.

Geng-geng Europe tadi lepak bawah pohon ni.

Kawasan berbatu pun ada. Kalau jatuh bisa luka.




Pos 3 (Pada Balong) berada pada ketinggian 1800 meter dari aras laut. By the time saya sampai sini, dah lebih kurang pukul 3 petang. Lutut dah mula bergegar mintak ampun direhatkan.

Berhati-hati dengan beruk-beruk liar yang berkeliaran. jaga barang-barang peribadi terutamanya jajan yang dibawa dalam beg. takut dirembat beruk-beruk tersebut.

Perjalanan dari POS 3 ke Plawangan Sembalun merupakan bahagian yang paling mencabar. Kecerunan bukit boleh sampai 50 darjah. Walaupun cuaca nyaman, keep yourself hydarated. Minum banyak air suam untuk mengelakkan 'altitude sickness'. Apa tu?

Altitute sickness ni sindrom bila kita berada di tempat-tempat tinggi akibat dari kekurangan oksigen. Antara tanda-tandanya, pening, mengantuk, penat, sakit kepala, loya dan sesak nafas. Ada yang sampai pengsan. Cara nak menanganinya adalah dengan minum banyak air suam. Kalau teruk sangat mungkin kena bawak turun bawah balik untuk dapatkan rawatan perubatan.

Pandang depan, belakang, kiri dan kanan, tak nampak muka-muka yang dikenali. Tak tau dah kat mana geng-geng lain. Tak sedar bila mula terpisah dengan diorang. Nasib baik nampak brader-brader porter kat depan tu tengah berehat. Lepas rehat sekejap dengan diorang, sambung jalan lagi. katanya dah tak jauh dah nak sampai Plawangan Sembalun. Yok, kita maju !


Beruk-beruk nakal

Semak dan berdebu.

Kegigihan seorang porter mencari sesuap nasi.

Misty Mountain #1

Misty Mountain #2

Misty Mountain #3

Misty Mountain #4

Telefon rumah la tu mengadu kat mak nyesal panjat gunung, hihi.



View dari atas ni memang subhanAllah cantik giler. Lupa sekejap kepenatan bila menghayati keindahan alam. Besar sungguh kuasa Sang Pencipta.

Nak berhenti lama sangat tak boleh, takut hilang momentum. Teguk air, kesat peluh dan teruskan pendakian.

Bahagian terakhir pendakian dikenali sebagai bukit penyeksaan. Memang terseksa jiwa raga. Bukitnya sangat berpasir, tandus dan cerun. Debu-debu berterbangan bukan saja menyesakkan pernafasan, tapi memedihkan mata jugak. Kelihatan di kiri-kanan laluan ramai pendaki yang berbaringan kepenatan.

Impress dengan porter-porter yang hanya berkaki ayam atau berselipar jepun ni, steady je. Padahal badan diorang ni kecik-kecik je. Nak kata berotot tak jugak. Kurus keding je betis tu. Saya berkali-kali rasanya nak terjatuh. Hanya berpaut pada rumput-rumpur kering.

Honestly masa ni rasa nak give up. Nak je lepas tangan tu dan berguling-guling sampai ke bawah bukit. Baru la drama hindustan sikit. Haha.


Bukit penyeksaan. hanya bertaut pada rumput-rumput sejemput tu. 

Macam Broga kan? Cantik.

Puncak Rinjani disebelah kiri bukit ; pembakar semangat sepanjang pendakian.

Bahagian terakhir sebelum sampai ke Plawangan sembalun.



Tak lama lepas tu, nampak Sorang mat saleh tengah bertenggek tepi tiang. Firasat hati mengatakan bahawa itulah papan tanda Plawangan Sembalun.

Memang betul telahan hati. Alhamdulillah sampai ke Plawangan Sembalun yang berada pada ketinggian 2639 meter dari aras laut.

Masa ni lebih kurang pukul 4.30 petang. Kelihatan khemah-khemah berselerakkan di sekitar kawasan. Kabus tebal sungguh masa ni, menutup puncak gunung Rinjani di sebelah kiri dan Tasik Segara Anak disebelah kanan.

Sempat berborak dengan mat saleh jaga tiang tadi. Dia cakap kabus ni sekejap ada sekejap takda. Sat gi kluaq la puncak gunung Rinjani dia habaq.

Tiada wajah-wajah yang dikenali kat sini. Sambil menunggu yang lain, kita layan gambar jom !


Mereka yang sampai awal.

Tukang jaga check point kot dia ni.

Penanda Plawangan Sembalun.


Tengah dok khusyuk snap gambar, ada orang tepuk bahu dari belakang. "I told you it'll come out". Mat Saleh tadi rupanya sambil menuding jari ke arah puncak gunung Rinjani. Sedikit demi sedikit kabus menghilang sehingga kawasan sekitar betul-betul clear.

Tak lama kemudian Shafik dan Fir sampai. Kami ingatkan kat sini lah porter-porter tu akan dirikan khemah. Rupanya jauh lagi. Berjalan lah lagi mengheret kaki mengikut brader porter.

Nun jauh dihujung sana rupanya port kami. Memang diorang pilih port paling hujung sekali sebab dekat dengan sumber air (ada 1 sumber air kat bawah gunung) dan lebih dekat dengan puncak gunung.

Dah banyak khemah-khemah masa ni. Kebanyakkannya mat/minah saleh yang sampai entah berapa jam sebelum kami. Kaki korang panjang so tak aci okay. Jangan pandang sinis kat kami yang katek ni.


Puncak Rinjani #1

Puncak Rinjani #2

Puncak Rinjani #3

Kawasan perkhemahan. Nampak tu sampah sarat bertebaran.

Yang baru nak dirikan khemah. Tumpang pose je. Port kami jauh lagi ke depan.

Lagi khemah-khemah tempat rehat.

Diorang ni dah siap makan-makan dah. Macam-macam menu dalam tu.

Ok cer teka yang ni apa? hehehe. Ni jamban. Ade lubang kat situ untuk kencing. Lepas kencing pandai-pandai lah kais pasir macam kucing. Jangan berak kat sini okay. Nak berak pergi celah-celah semak.

Dah macam kem pelarian. Jamban warna pink pun ada meh?

Khemah ni 7eleven, jual segala jenis minuman dan jajan.

Macam-macam sotong yang digantung di tunggul pokok tu.


Alhamdulillah akhirnya sampai ke destinasi yang dituju. Syukur tak terkira. Tak sangka boleh sampai  ke Plawangan Sembalun ni. Terharu sungguh (drama !).

Yang best nya port kami ni view sangat osem ! Tasik Segara Anak kat bawah tu je. Boleh nampak gunung Agung di Bali dari sini. Sunset subhanAllah cantik giler. Matahari terbenam disebelah gunung Agung.










Alhamdulillah ketujuh-tujuh kami sampai dengan selamat. Disebalik kepenatan yang tak terhingga, kami dah mula ada keyakinan diri. Dah separuh jalan, tinggal separuh je lagi ni nak ke puncak. Berkobar-kobar.

Cuaca memang sejuk bangat dekat atas gunung ni. Ambik wuduk pun terketar-ketar. Angin bertiup kencang. Lepas makan, kami terus masuk khemah untuk berehat. Esok pagi pukul 2 dah kena bangun untuk meneruskan pendakian.

Banyak drama dalam khemah malam tu. Saya sambung dalam entri berikutnya okeh. Dan saya akan cerita kan jugak asal usul nama Rinjani berdasarkan dongeng penduduk setempat. 

Sehingga berjumpa lagi. Take care & Assalamualaikum  !



12 comments:

  1. Bestnya dapat tawan gunung negara orang. well, saya ada suggestion. maybe y'all boleh tawan gunung dekat korea pulak. https://klimbingkoreanmountains.wordpress.com read him. sekali sekala ke negara orang, kita buat aktiviti yang lain dari lain. :) moga bermanfaat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks sudi kongsi. InshaAllah di masa akan datang. Menarik jugak gunung tu kalau hike masa musim luruh. Mesti super pemandangan.

      Delete
  2. Berapa rm pakej yg bro ambik ni ?

    ReplyDelete
  3. as salam..blog ni nmpk menarik dan mcm2 cerita..tp kalau boleh...font tukar ke yg biasa..tentu lebih menarik..pening baca font skrg...huhu

    ReplyDelete
  4. *pening baca font skrg....

    harap dipertimbangkan tukar font ya....

    ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makasih atas cadangan. Telah diambil tindakan susulan. Tq2x

      Delete
  5. Ada plan nk panjt rinjani ni, tp risau plak kalau track mencabar sgt utk beginner?

    ReplyDelete
  6. Ada plan nk panjt rinjani ni, tp risau plak kalau track mencabar sgt utk beginner?

    ReplyDelete
  7. Pakej ke rim Senaru cocok untuk beginner.

    ReplyDelete
  8. Konten sangat khas dan mendetail sehingga memudahkan pembaca dalam melihat setiap situasi dan kondisi Rinjani

    ReplyDelete
  9. Informasi tentang tempat wisata di Lombok menarik dan mendetail

    ReplyDelete

Itinerary : Myanmar Adventure (19.01.2018 - 28.01.2018)

" Our only limitations are those we set up in our own minds " ---------- xxxxx ---------- 19.01.2018 (Friday) ...